arrow_backBack to Study Resources

Unit 3: Kerohanian Membentuk Individu Bermoral

Form 5 Pendidikan Moral Bab 3: Kerohanian Membentuk Individu Bermoral

3.1 Ciri Individu Bernilai Kerohanian

  • Kerohanian menjadi asas dalam pembentukan individu bermoral, berpaksi pada kebenaran, kedamaian dan kasih sayang. (p.32)
  • Ciri individu yang mempunyai nilai kerohanian: berpegang teguh pada ajaran agama atau kepercayaan; adil; berani menegakkan kebenaran; saling menghormati; bersyukur; menyayangi diri; jujur. (p.32)

3.2 Cara Meningkatkan Nilai Kerohanian

  • Menjadikan ajaran agama atau kepercayaan sebagai panduan hidup dan mengamalkannya dalam kehidupan harian. (p.33)
  • Menjaga hubungan baik sesama manusia dan menerima kepelbagaian bangsa. (p.33)
  • Melindungi alam sekitar dan menjaga keseimbangan flora dan fauna. (p.33)
  • Menjalani kehidupan yang benar dari segi pemikiran, perasaan dan perlakuan. (p.33)
  • Bersikap baik dan mentaati ibu bapa. (p.33)
  • Melakukan aktiviti yang berfaedah dan menjauhkan diri daripada gejala negatif. (p.33)

3.3 Kepentingan Nilai Kerohanian

  • Membantu individu membezakan perkara baik dan buruk dalam pemikiran, perasaan dan tindakan. (p.34)
  • Membuat keputusan yang betul dan tepat, serta melahirkan individu yang berfikiran rasional. (p.34)
  • Individu disayangi, dihormati dan berkeperibadian mulia, serta menjadi suri teladan dan inspirasi kepada orang lain. (p.34)
  • Mengelakkan individu daripada melakukan perkara yang ditegah oleh agama, dan membawa hidup yang harmoni dan sejahtera. (p.34)

3.4 Implikasi Pengabaian Nilai Kerohanian

  • Menjadikan individu materialistik dan individualistik. (p.35)
  • Mewujudkan sikap angkuh dan sombong, serta mengabaikan sikap berkeperibadian mulia. (p.35)
  • Mengingkari norma masyarakat dan mengetepikan nasihat ibu bapa serta ahli keluarga. (p.35)
  • Menjadikan hidup tidak tenteram dan mengubah gaya hidup yang melampaui landasan agama atau kepercayaan. (p.35)
Sponsored