Bab 3: Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun di Negara Kita
Form 4 Sejarah Bab 3: Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun di Negara Kita
3.1 Nasionalisme di Negara Kita Sebelum Perang Dunia
Fatwa empayar Uthmaniyah dikeluarkan 11 November 1914. (p.52)
British memperkenalkan Enakmen Undang-Undang Islam 1904 serta Jabatan Siasatan Jenayah dan Biro Siasatan Politik. (p.52)
"Cerita Tekukur" (1920) ialah pernyataan politik kemerdekaan secara berselindung. (p.53)
Undang-undang penerbitan: Publishing and Book Enactment 1915; Seditious Publication (Prohibition) Enactment 1919. (p.53)
3.2 Latar Belakang Perang Dunia
Perang Dunia Pertama (1914–1918) dan Kedua (1939–1945). (p.54)
Faktor PD1: persaingan kuasa imperialis, pakatan ketenteraan, krisis Balkan. (p.54)
Kuasa Tengah: Jerman, Austria-Hungary (kemudian Bulgaria dan Uthmaniyah). Pakatan Bertiga: Britain, Perancis, Rusia. (p.54)
Pembunuhan Archduke Ferdinand dan isterinya Sophie oleh pemuda Serbia mencetuskan PD1. (p.54)
28 Julai 1914 Austria-Hungary mengisytihar perang terhadap Serbia; 30 Julai Rusia membantu Serbia. (p.54)
Amerika Syarikat menyertai peperangan April 1917 memihak Pakatan Bertiga. (p.55)
Perjanjian Versailles ditandatangani 28 Jun 1919; Liga Bangsa-Bangsa ditubuhkan. (p.56)
Persidangan Damai Paris 18 Januari 1919; Deklarasi 14 Perkara Woodrow Wilson. (p.56)
Kesan PD1: keruntuhan sistem beraja di Jerman, Austria-Hungary, Rusia dan Uthmaniyah; Lenin membentuk kerajaan komunis pertama; Mustafa Kemal Ataturk. (p.57)
Faktor PD2: ideologi baharu (fasisme dan nazisme), ketidakpuasan hati terhadap Versailles, kegagalan Liga Bangsa-Bangsa. (p.58)
Fasisme (Mussolini) menguasai Itali 1922; Nazisme (Hitler) membentuk kerajaan Jerman 1933. (p.58)
Cabaran Liga Bangsa-Bangsa: Krisis Manchuria (1931–1933), Perjanjian Pelucutan Senjata (1932–1934), Krisis Habsyah (1935–1936). (p.59)
Kuasa Paksi: Jerman, Itali, Jepun. Kuasa Bersekutu: Britain, Amerika Syarikat, Perancis, Rusia. (p.59)
PD2 di Eropah meletus apabila Jerman menyerang Poland (September 1939); Blitzkrieg bermaksud serangan kilat. (p.60)
Itali mengisytihar perang terhadap Britain dan Perancis Jun 1940; Operasi Barbarossa menyerang Rusia. (p.60)
Von Paulus menyerah di Stalingrad Januari 1943. (p.62)
Operasi D-Day: pendaratan di Normandy Jun 1944; Hitler mati April 1945. (p.63)
3.4 Perang Dunia Kedua di Asia Pasifik
Perang Pasifik (1941–1945) berpunca daripada imperialisme Jepun. (p.64)
Jeneral Hideki Tojo menjadi Perdana Menteri Jepun Oktober 1941. (p.64)