Unit 9: Perpaduan Masyarakat Asas Kemakmuran Negara
Form 4 Pendidikan Moral Bab 9: Perpaduan Masyarakat Asas Kemakmuran Negara
7.2.1 Contoh Amalan Perpaduan
Perpaduan ialah penyatuan masyarakat dalam membentuk satu identiti nasional dan nilai bersama. (p.122)
Sukan: menyokong pasukan negara; melibatkan pelbagai kaum dalam acara sukan. (p.122)
Aktiviti kesukarelawanan: membantu mangsa bencana; khidmat komuniti. (p.122)
Majlis keramaian: rumah terbuka semasa perayaan; menghormati budaya dan adat resam. (p.122)
Kelestarian alam: memelihara alam sekitar; menyertai program kelestarian. (p.122)
Keselamatan penduduk: rondaan di kawasan kediaman; komunikasi melalui media sosial. (p.122)
Aktiviti patriotik: sambutan kemerdekaan; mengibarkan Jalur Gemilang. (p.122)
7.2.2 Peranan Agensi yang Memupuk Perpaduan
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN): memelihara, mengekal dan meningkatkan perhubungan kaum; mempromosikan persefahaman antara agama; wacana perpaduan dan kajian perhubungan kaum. (p.123)
JPNIN juga menjalankan aktiviti semangat kejiranan, menyediakan pengantaraan dalam masyarakat dan melaksanakan intervensi hal ehwal perpaduan. (p.123)
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara: memulihara seni budaya warisan bangsa, menggunakan elemen seni budaya untuk perpaduan, menyokong pelancongan. (p.123)
Jabatan Penerangan Malaysia: meningkatkan kefahaman, sokongan dan penglibatan masyarakat terhadap dasar dan program kerajaan. (p.123)
7.2.3 Kepentingan Perpaduan dalam Masyarakat Majmuk
Mengukuhkan ekonomi negara dan meningkatkan keyakinan pelabur asing. (p.124)
Rakyat hidup harmoni dan menikmati kemudahan berkualiti. (p.124)
Mengekalkan kedaulatan dan keselamatan negara. (p.124)