Form 4 Pendidikan Moral Bab 8: Hak dan Tanggungjawab Warganegara
7.1.1 Hak dan Tanggungjawab Berlandaskan Perlembagaan
Hak ialah kuasa atas sesuatu atau kuasa melakukan sesuatu yang ditentukan mengikut peraturan dan undang-undang negara. (p.106)
Tanggungjawab ialah kesanggupan warganegara melaksanakan tugas dan kewajipan dalam menjaga kedaulatan negara. (p.106)
Perkara 5 (Kebebasan diri): tiada sesiapa boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan kecuali mengikut undang-undang. Tanggungjawab: memelihara diri sendiri dan nyawa orang lain. (p.106)
Perkara 6 (Keabdian dan kerja paksa dilarang): kerja paksa dilarang, tetapi Parlimen boleh membuat peruntukan perkhidmatan wajib bagi maksud negara. Tanggungjawab: tidak menindas golongan pekerja. (p.106)
Perkara 13 (Hak terhadap harta): tiada sesiapa boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang. Tanggungjawab: membuat pengisytiharan harta dan membayar cukai. (p.106)
Perkara 10 (Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan): tiap-tiap warganegara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara. Tanggungjawab: mendapatkan kebenaran pihak berkuasa sebelum berhimpun. (p.107)
Perkara 8 (Kesamarataan): semua orang sama rata di sisi undang-undang. Tanggungjawab: tidak bersikap diskriminasi atas alasan kaum, agama atau jantina. (p.107)
7.1.2 Kepentingan Hak dan Tanggungjawab
Hak: mewujudkan kemakmuran dan keamanan; mengelakkan perselisihan antara kaum; merapatkan jurang antara kaum; mengelakkan diskriminasi. (p.108)
Hak: meningkatkan taraf hidup sosial; menjamin kebebasan hak asasi warganegara. (p.108)
Tanggungjawab: melestarikan alam sekitar; membangunkan dan memartabatkan negara; memastikan dasar kerajaan berjalan lancar. (p.108)
Tanggungjawab: kesetiaan yang tinggi kepada negara; melicinkan pentadbiran; membantu pembangunan ekonomi, sosial dan politik yang stabil. (p.108)
7.1.3 Kesan Pengabaian Hak dan Tanggungjawab
Pengabaian hak — diri: hak asasi hilang, berlaku diskriminasi. (p.109)
Pengabaian hak — masyarakat: taraf hidup terjejas, hidup tidak sejahtera. (p.109)
Pengabaian hak — negara: kestabilan tergugat, tadbir urus kucar-kacir. (p.109)
Pengabaian tanggungjawab — diri: tersisih dan dipandang rendah. (p.109)
Deklarasi Hak Asasi Manusia ASEAN (AHRD) ditubuhkan sejak 2012 untuk melindungi hak asasi manusia pada peringkat antarabangsa. (p.109)
7.1.4 Batasan Hak sebagai Warganegara
Perkara 12 (Hak berkenaan pendidikan): tidak bersikap diskriminasi terhadap sesiapa dalam mendapatkan pendidikan. (p.110)
Perkara 9 (Larangan buang negeri dan kebebasan bergerak): tidak memasuki kawasan yang disekat atas alasan keselamatan dan kesihatan di bawah undang-undang. (p.110)
Perkara 10: tidak berhimpun tanpa kebenaran pihak berkuasa. (p.110)
Batasan dipatuhi agar kesejahteraan rakyat terjamin dan warganegara berasa gembira serta bersyukur. (p.110)
Hak Orang Asli (Akta Orang Asli 1954, Akta 134)
Seksyen 6(2)(iii): dalam kawasan Orang Asli tiada tanah boleh diberi milik, dipajak atau dilepaskan kepada bukan Orang Asli tanpa berunding dengan Pesuruhjaya. (p.111)
Seksyen 17(1): kanak-kanak Orang Asli tidak boleh dihalang belajar di mana-mana sekolah kerana beliau seorang Orang Asli. (p.111)
Seksyen 19(1)(a): mewujudkan perkampungan Orang Asli dalam kawasan dan rizab Orang Asli. (p.111)
Alam Sekitar dan Pembaziran
Memelihara kelestarian alam sekitar ialah tanggungjawab sosial utama setiap warganegara. (p.112)
Larangan penggunaan straw plastik konvensional diperkenalkan mulai 1 Januari 2020. (p.112)
Rakyat Malaysia dilaporkan membuang tidak kurang 3000 tan metrik makanan yang masih boleh dimakan setiap hari (Bernama, 17 Oktober 2018). (p.113)
Tokoh dan Amalan
Datin Paduka (Dr.) Mother A. Mangalam, Presiden The Pure Life Society (ditubuhkan 1949), rumah kebajikan bukan kerajaan pertama di Malaysia yang membantu lebih 2000 anak yatim tanpa mengira kaum. (p.118)
Simulasi pilihan raya: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), calon, penyokong dan pengundi. (p.119)