Cikgu Kai
Home
About Us
Articles
Study Resources
Support
Menu
Login
Sign Up
arrow_back
Back to Study Resources
Unit 4: Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Secara Beretika
Form 4 Pendidikan Moral Bab 4: Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi Secara Beretika
5.4.1 Etika Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
TMK ialah sistem yang membolehkan pengumpulan, pengurusan, manipulasi, perolehan dan komunikasi maklumat dalam pelbagai bentuk.
(p.46)
Tidak mengeksploitasi maklumat dan data peribadi pihak lain.
(p.46)
Tidak menceroboh dan menyebarkan virus yang boleh melumpuhkan sistem pihak lain.
(p.46)
Tidak menyebarkan maklumat palsu atau diragui yang boleh menggugat ketenteraman awam.
(p.46)
Tidak memuat naik bahan tanpa keizinan pemilik yang sah.
(p.46)
Berkomunikasi secara berhemah dalam talian.
(p.46)
Berintegriti dalam memberikan maklumat yang betul untuk sebarang penggunaan dalam talian.
(p.46)
5.4.2 Kepentingan Penggunaan TMK Secara Beretika
Meningkatkan kualiti pendidikan: pengajaran dan pembelajaran lebih berinovasi; menarik minat murid.
(p.47)
Mempelbagaikan perkhidmatan dalam talian: perkhidmatan mesra pengguna; pelbagai pilihan transaksi dalam talian.
(p.47)
Menjanakan ekonomi: peluang perniagaan; barangan dipromosikan dengan meluas; jual beli dalam talian.
(p.47)
Menjimatkan kos dan masa: kos panggilan dan pengangkutan dijimatkan; mesyuarat secara telesidang.
(p.47)
Meningkatkan hubungan sosial: komunikasi maya dengan sesiapa sahaja di seluruh dunia; mengeratkan hubungan; jaringan berasaskan bidang.
(p.47)
Perkongsian maklumat: maklumat diperoleh dengan mudah; penyelidikan lebih sistematik; maklumat terkini disebar luas.
(p.47)
5.4.3 Cara Penggunaan TMK Secara Beretika
Pengiklanan: mengiklankan barangan yang tidak menyalahi undang-undang dan norma masyarakat.
(p.48)
Pengiklanan: berintegriti supaya pengguna tidak berasa tertipu; bersaing secara sihat tanpa memburukkan barangan orang lain.
(p.48)
Akaun e-mel: merahsiakan nama pengguna dan kata laluan; tidak memalsukan maklumat diri; menggunakan e-mel dengan bijak dan berhati-hati.
(p.48)
Memuat turun dan memuat naik: mendapat kebenaran sah pemilik; tidak memuat turun atau naik bahan negatif atau perisian tidak berlesen.
(p.48)
5.4.4 Kesan Pengabaian Etika TMK
Ketidaktepatan maklumat: mengelirukan, menimbulkan fitnah, mengaibkan orang lain.
(p.49)
Serangan pelbagai virus: menjejaskan sistem komputer, mengganggu penggunaan harian, melumpuhkan operasi organisasi.
(p.49)
Ketagihan penggunaan: pembaziran masa, mengganggu tugas harian, menjejaskan masa berkualiti bersama keluarga.
(p.49)
Isu keselamatan: risiko data peribadi digodam, terdedah kepada buli siber, ancaman terhadap diri, keluarga dan harta benda.
(p.49)
Terdedah kepada bahan negatif: mempengaruhi pemikiran murid, mendorong perlakuan tidak diingini, meningkatkan gejala sosial.
(p.49)
5.4.5 & 5.4.6 Perasaan dan Amalan
Penilaian maklumat patut dibuat secara rasional agar tindakan yang diambil betul.
(p.50)
Kebebasan dalam penggunaan TMK mempunyai batas dan etika yang perlu dipatuhi.
(p.50)
Menjauhkan diri daripada jenayah siber.
(p.50)
Penggunaan TMK secara sederhana mengelakkan individu terasing daripada masyarakat.
(p.50)
Perasaan gembira dan bangga apabila menjadi pengguna yang bijak dan beretika.
(p.50)
Hak Cipta
Hak cipta ialah hak eksklusif bagi pencipta karya untuk mengawal penggunaan karya mereka.
(p.55)
Karya yang dilindungi: karya sastera, karya muzik, karya seni, filem, rakaman bunyi, siaran, karya terbitan.
(p.55)
Agensi berkaitan: Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).
(p.55)
Sponsored