Form 4 Pendidikan Moral Bab 2: Peribadi Mulia Hiasan Diri
5.2.1 Ciri Individu Berkeperibadian Mulia
Keperibadian mulia bermaksud sifat baik dan terpuji yang dimiliki oleh individu. (p.18)
Keperibadian mulia dibentuk melalui latihan serta amalan kesederhanaan dalam kehidupan harian sehingga menjadi tabiat. (p.18)
Pembentukan modal insan berkeperibadian mulia memerlukan penghayatan nilai murni serta perkembangan penaakulan moral, emosi moral dan perlakuan moral. (p.18)
Ciri: bersikap sederhana dalam pemikiran, pertuturan dan perlakuan. (p.18)
Ciri: berpegang teguh pada nilai moral. (p.18)
Ciri: sabar dan tenang ketika menghadapi kesukaran. (p.18)
Ciri: melakukan kebaikan tanpa mengharapkan balasan. (p.18)
Ciri: berusaha bersungguh-sungguh melakukan kebaikan. (p.18)
Ciri: ikhlas dan jujur dalam tindakan. (p.18)
5.2.2 Cara Mempraktikkan Keperibadian Mulia
Keperibadian mulia ialah standard yang menentukan seseorang menjadi insan yang baik dan membantu meningkatkan kualiti hidup. (p.19)
Keluarga: mendapatkan sokongan ibu bapa; bersederhana dalam menyambut hari istimewa anggota keluarga. (p.19)
Rakan sebaya: menegur kesalahan rakan dengan cara yang baik; memberikan pertolongan dengan ikhlas. (p.19)
Masyarakat: membantu mangsa bencana; melibatkan diri secara sukarela dalam program kemasyarakatan. (p.19)
Negara: mengelakkan penularan fitnah tentang negara; mengharumkan nama negara dalam pelbagai bidang. (p.19)
5.2.3 Kepentingan Berkeperibadian Mulia
Sentiasa melakukan perkara yang positif. (p.20)
Menjamin kebahagiaan dalam kehidupan. (p.20)
Dihormati dan dipandang mulia oleh orang lain. (p.20)
Mencapai matlamat hidup yang diingini. (p.20)
Disenangi ramai. (p.20)
Memberikan ketenangan jiwa kepada diri. (p.20)
Menjadi suri teladan kepada orang lain. (p.20)
5.2.4 Banding Beza Keperibadian Mulia dengan Bukan Keperibadian Mulia
Individu yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani melahirkan generasi berkeperibadian mulia. (p.21)
Mulia: sanggup menghadapi cabaran | Bukan mulia: mudah berputus asa. (p.21)
Mulia: sentiasa bersyukur | Bukan mulia: khianat dan bersangka buruk. (p.21)
Mulia: berjimat cermat dalam perbelanjaan | Bukan mulia: tamak dan boros. (p.21)
Mulia: amanah | Bukan mulia: tidak jujur. (p.21)
Mulia: bekerjasama dan saling menolong | Bukan mulia: mementingkan diri sendiri. (p.21)
Mulia: sederhana dalam pertuturan dan perlakuan | Bukan mulia: pemarah dan tidak sabar. (p.21)
Mengamalkan keperibadian mulia melahirkan insan bermoral dan suasana hidup yang gembira, selesa dan harmoni. (p.21)
Inventori Personaliti Warna (IPW)
Emas — bertanggungjawab: mengikut peraturan, bersikap keibubapaan, patuh pada adat resam, boleh dipercayai, tradisional, suka menolong. (p.22)
Biru — suka akan keharmonian: mudah simpati, penyayang dan setia, romantis, berseni, kerjasama, imaginatif. (p.22)
Hijau — perasaan ingin tahu: berpengetahuan luas, tenang, kreatif dan inovatif, panjang akal, berprinsip dan jujur, mementingkan teori. (p.23)
Jingga — suka mengembara: suka cabaran, berfikiran terbuka, suka keseronokan, bertindak spontan, tergopoh-gapah tetapi bersemangat, suka persaingan. (p.23)
Aktiviti Berkaitan
Pembelajaran berkhidmat (service learning): laporan projek mengandungi pengenalan, tujuan dan objektif, cara pelaksanaan, penilaian, kesan dan nilai universal, serta refleksi. (p.29)