Form 4 Pendidikan Moral Bab 12: Kedaulatan Negara Tanggungjawab Bersama
7.5.1 Ciri Negara Berdaulat
Negara berdaulat ialah negara yang bebas daripada penjajahan dan mampu menguruskan hal ehwal negara tanpa campur tangan negara lain. (p.168)
Malaysia bebas mengadakan hubungan diplomatik dengan negara lain mengikut perlembagaan. (p.168)
Merdeka: bebas membuat keputusan sendiri; mempunyai pentadbiran sendiri; menguruskan keperluan asasi rakyat. (p.168)
Bermaruah dan berwibawa: kuasa politik stabil, ekonomi mantap, warganegara berkualiti. (p.168)
Identiti nasional: bendera rasmi, jata negara, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, prinsip Rukun Negara, lagu kebangsaan. (p.168)
Struktur pemerintahan sendiri: pemisahan kuasa antara perundangan, kehakiman dan eksekutif; Raja Berperlembagaan; demokrasi berparlimen. (p.169)
Malaysia mengamalkan Demokrasi Berparlimen di bawah Raja Berperlembagaan dengan Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara. (p.169)
Bebas daripada pengaruh luar: perpaduan, keamanan dan keselamatan terpelihara; keunikan budaya dikekalkan. (p.169)
7.5.2 Kepentingan Mempertahankan Kedaulatan Negara
Kedaulatan diperoleh hasil perjuangan dan pengorbanan generasi dahulu; mempertahankannya tanggungjawab setiap warganegara. (p.170)
Meningkatkan semangat patriotik: cinta dan setia akan raja dan negara. (p.170)
Mengekalkan kemerdekaan: sistem pemerintahan stabil. (p.170)
Maruah negara terpelihara: tidak terpengaruh dengan anasir subversif. (p.170)
Mengekalkan kestabilan politik: pemerintahan mengikut acuan sendiri. (p.170)
Mengukuhkan perpaduan dan keharmonian serta menyumbang kepada pembangunan negara. (p.170)
Subversif ialah perbuatan bertujuan melemahkan atau memusnahkan sesuatu sistem politik atau kerajaan (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2015). (p.170)
7.5.3 Cabaran Mengekalkan Kedaulatan Negara
Rakyat kurang jati diri dan mudah terpedaya dengan hasutan dalam dan luar negara. (p.171)
Penularan berita yang menggugat kedaulatan negara. (p.171)
Taraf ekonomi dan sosial tidak seimbang dalam kalangan rakyat. (p.171)
Tindakan kuasa besar yang mencabar kedaulatan negara. (p.171)
Generasi muda kurang semangat patriotik. (p.171)
7.5.4 Kesan Pengabaian Tanggungjawab
Tradisi dan norma masyarakat dilupakan; rakyat mengagungkan budaya luar. (p.171)
Perpaduan dan keharmonian terjejas; rakyat saling bermusuhan. (p.171)
Aktiviti ekonomi terbantut; pembangunan terjejas. (p.171)
Campur tangan kuasa luar; negara tidak aman. (p.171)
Ketidakstabilan politik; sistem pemerintahan tergugat. (p.171)
7.5.5 & 7.5.6 Perasaan dan Penglibatan
Tanggungjawab menjaga kedaulatan negara ialah tanggungjawab bersama pemimpin dengan rakyat. (p.172)
Apabila berjaya, perasaan cinta dan bangga sebagai rakyat negara berdaulat bertambah; negara luar kagum dengan imej negara yang bersih. (p.172)
Konflik dan Pihak yang Berperanan
Konflik yang boleh mengancam kedaulatan: pencerobohan kuasa asing, globalisasi, pengaruh budaya negatif, konflik perkauman, pengaruh materialistik, pengaruh media dan penularan informasi ekstrem. (p.174)
Pihak yang berperanan: sekolah, ibu bapa, remaja, agensi kerajaan, NGO dan media massa. (p.175)
Rukun Negara
Prinsip 1: Kepercayaan kepada Tuhan. (p.176)
Prinsip 2: Kesetiaan kepada Raja dan Negara. (p.176)
Prinsip 3: Keluhuran Perlembagaan. (p.176)
Prinsip 4: Kedaulatan Undang-undang. (p.176)
Prinsip 5: Kesopanan dan Kesusilaan. (p.176)
Cabaran Dalaman dan Isu Menggugat Kedaulatan
Cabaran dalaman: memburukkan imej negara, gagal mematuhi undang-undang, tiada kesedaran kebersihan, bahasa kurang sopan, vandalisme. (p.177)
Lambang negara: Jalur Gemilang dan Jata Negara; monumen identiti: Tugu Negara dan Parlimen. (p.178)