Form 4 Pendidikan Moral Bab 11: Keunikan Rakyat Malaysia
7.4.1 Keunikan Rakyat Malaysia
Malaysia unik kerana rakyatnya terdiri daripada pelbagai kaum: Melayu, Cina, India, Punjabi, Kadazandusun, Iban, Orang Asli, Baba dan Nyonya, Portugis dan lain-lain. (p.152)
Agama dan kepercayaan: Islam, Buddha, Hindu, Kristian, Sikh dan animisme. (p.152)
Melayu: bahasa Melayu; nasi lemak, rendang, sate; baju kurung, baju Melayu; Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. (p.152)
Cina: Mandarin, Hakka, Kantonis, Hokkien dll.; dim sum, kuih bulan, zongzi; ceongsam, samfu; Tahun Baharu Cina, Cap Goh Mei, Dong Zhi. (p.152)
Polarisasi ialah keadaan terdapatnya dua pihak yang mempunyai prinsip dan pendapat bertentangan sama sekali (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2015). (p.154)
7.4.4 Strategi Mengekalkan Keunikan
Diri: menerima dan menghormati keunikan semua kaum; tidak memandang rendah adat kaum lain; mengamalkan adat dan budaya dalam kehidupan harian. (p.155)
Ibu bapa: mengamalkan adat dalam keluarga; mendidik anak menerima kepelbagaian budaya; membawa anak menyertai aktiviti kebudayaan pelbagai kaum. (p.155)
Kerajaan: membanyakkan aktiviti kesenian di sekolah; memartabatkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan; mewujudkan muzium mini kesenian dan kebudayaan. (p.155)
Analisis SWOT: Keunikan Sekolah Murid Pelbagai Kaum
Kekuatan: pelbagai kaum; keunikan adat dan budaya yang kukuh. (p.156)
Kelemahan: perbezaan adat tidak mudah diterima semua pihak; mudah terikut budaya asing. (p.156)
Peluang: pelancong tertarik dengan budaya Malaysia; program pertukaran murid. (p.156)
Ancaman: budaya Barat mendominasi generasi baharu; pengaruh media. (p.156)
Strategi SO: kempen seperti "Tahun Melawat Malaysia". Strategi WO: pendidikan awal tentang kepelbagaian budaya dan kaum. (p.156)
Strategi ST: mempromosikan kepelbagaian budaya asal secara besar-besaran. Strategi WT: pendidikan agama yang kuat mengurangkan pengaruh budaya luar. (p.156)
Dasar Kebudayaan Kebangsaan
Objektif 1: mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui kebudayaan. (p.157)
Objektif 2: memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada Kebudayaan Kebangsaan. (p.157)
Objektif 3: memperkaya dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi. (p.157)
Vlog
Vlog (video blog) ialah video pendek berkonsepkan dokumentasi berkaitan info, minat atau ulasan sesuatu perkara, dengan latar audio dan visual berkaitan topik. (p.165)